pesat memancing keluarga

Sabtu, 15 Januari 2011

cara2 dan kelengkapan memancing udang galah.




Peralatan Memancing Udang Galah

Berikut ini peralatan yang diperlukan untuk memancing udang galah:
1. Joran atau rod dengan hujung yang lembut dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil.
2. Reel spining kecil ukuran kolam, boleh juga menggunakan joran teleskop.
3. Line berupa monofilamen nipis, ukuran 1-2lbs pada mainline dengan leader 2-8 lbs.
4. Kail yang digunakan adalah kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nobor 9-12.
5. Timah pemberat kecil dengan stoper. Timah jangan terlalu berat, yang penting tidak terbawa arus.

Umpan
Umpan yang digunakan untuk memancing udang galah biasanya cacing tanah, umpun-umpun, anak udang. Sementara untuk chumming digunakan kelapa bakar yang dipecah-pecah.

Cara Udang Galah memakan umpan.
Memancing udang galah sebaiknya tidak pada saat air pasang dan cuaca dengan hujan cukup tinggi. Waktu terbaik memancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat yang disukai bagi udang biasanya diantara kayu mati yang terendam di sungai. Biasanya ini terdapat pada sungai-sungai di Tg. Karang, Kuala Selangor, Rompin dll di Malaysia. Selain itu udang galah juga sering bermain pada dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan udang galah di dasar sungai adalah seperti berikut:

1. Kenali struktur dasar sungai tempat di mana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk berliku dan beralun-alun.
2. Pada sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras.
3. Pada arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.

Isyarat udang galah memakan umpan
Berikut ini adalah ciri khas atau kebiasaan udang galah memakan umpan.
1. Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan dan hujung joran akan melengkung pelahan-lahan.
2. Untuk udang ukuran sedang biasanya sewaktu umpan dimakan, umpan akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan sepitnya sehingga hujung joran akan terangguk seperti ikan kecil yang makan umpan.
3. Untuk udang yang berukuran kecil biasanya cara makannya hampir sama dengan yang berukuran sedang, oleh kerana itu selalulah periksa joran dengan menaikkan hujung joran dan apabila berat atau ada tarikan maka umpan sedang dimakan.


Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentak karena akan membuat mulut udang terkoyak. Angkat joran perlahan-lahan sambil menggulung reel perlahan-lahan dengan posisi hujung joran diatas udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air. Udang biasanya jika terkena pancing akan bergerak ke belakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya terkoyak terkena kail.

Pada saat udang berhasil dinaikan ke atas jangan pernah menyentuh atau memicit ekor udang kerana terdapat macam tanduk yang cukup tajam serta kepala udang terdapat tanduk yang bergerigi yang cukup untuk mencederakan pemancing. Sementara sepitnya tidak terlalu berbahaya asal tidak terkena hujung sepitnya saja.
Semoga pesanan ini bermanfaat kepada para pemancing udang galah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan