pesat memancing keluarga

Isnin, 10 Januari 2011

tip tip memancing udang galah

Tips yang diturunkan dibawah ni berdasarkan pengalaman sendiri dan yang diajarkan sifu-sifu di Sabah :

1   Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu.. Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara matai kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )
2   Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu,kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas...
3   Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin,kemudian tebuk tin tersebut buat lubang-lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya..
4   Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing,biasanya kalau air keruh,udang akan mencari makan berhampiran tebing... so,pancinglah ditepi...
5   Kalau udang galah ni galak makan pada waktu matahari nak tenggelam,baik berhenti... jangan teruskan... bukan apa banyak buruk dari baiknya terutama kalau mancing seorang ditempat yang terpencil 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan